Assalamualaikum
wr. wb.
Selamat Hari Raya Aidil Adha 1426...
Muslimin
dan muslimat sekelian,
Sama-sama kita doakan agar jemaah Haji
kita di Tanah Suci dapat mengerjakan Rukun Islam yang ke lima dengan sempurna dan dikurniakan Haji Yang Mabrur. Demikian juga
dengan ibadah korban yang sama-sama akan kita lakukan nanti sempena menyambut Aidil Adha 1426.
Kini kita berpeluang untuk terus menerus
menikmati sebaik-baik air di atas muka bumi iaitu air zam zam yang tulen dari Makkah Al Mukarramah. Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Sebaik-baik air yang ada di muka bumi ialah
air zam zam. Terdapat di dalamnya zat makanan (orang yang meminumnya akan merasa kenyang seperti memakan makanan) dan penyembuh bagi
segala penyakit".
Tempahan
online boleh juga dibuat : sila isi borang tempahan online sekarang..
Bagi Para bakal haji pula, pastikan kita bersedia dengan
hadiah istimewa untuk sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai sempena
Musim Haji tahun ini...
Setiap musim haji,
para jemaah haji tidak dibenarkan sama sekali membawa air zam-zam sendiri ketika menaiki pesawat atas sebab-sebab
keselamatan penerbangan. Tetapi pihak Lembaga Tabung Haji akan menghadiahkan para jemaah haji 5 liter air zam zam sahaja untuk dibawa pulang, setibanya para jemaah di Lapangan terbang di tanahair.
Walaubagaimanapun jumlah itu jauh dari mencukupi, kerana para jemaah akan diziarahi
oleh ramai sanak saudara, rakan taulan dan jiran tetangga setibanya mereka di kampung halaman masing-masing.
Oleh itu sempena musim haji ini,
pihak NAZ ONE RESOURCES ingin membantu para jemaah bagi mendapatkan bekalan air
zam zam yang akan dihantar terus ke pintu rumah para jemaah mengikut masa yang dikehendaki oleh para jemaah.
NAZ
ONE RESOURCES adalah pengimport dan pengedar tunggal air zam zam di Malaysia di atas usahasama
dengan AWASIM TRAVEL TOUR AND CARGO CO. (ATTACCO), Makkah iaitu sebuah syarikat
berlesen dan kukuh di Arab Saudi